homePROFILEtumblrtwitterfollow
.
Sedih sekejap :'( Happy sebulan :D

Assalamualaikum dan selamat pagi , mulakan pagi mu dengan bismillah dan ukirlah bibirmu dengan senyum yang indah . sesungguhnya senyuman itu sedekah dan have a good day ! . Diketika ini aku masih lagi berada di atas katil yang empuk bersama selimut yang selalu diperkatakan oleh mak aku 'selimut babi' dan bantal yang fluffy . Hehehe , sungguh malas rasanya nak bangun dari katil ni . Bangun punyelah lama termenung lagi lah lama bila mengeliat dan stretching sikit baru lah reti bangun dari katil ni .

2nd meet up with my darling dentist , pepagi pukul 10.30 appointment , rupenye ramai lagi que sebelum aku , lama nak tunggunye . Masa datang , seorang yang pasang braces dah memang dalam bilik tu , jadi aku menunggu dengan sabarnya.
Tunggu .
Tunguuuuuuuuuu ........
Rupanya belum lagi turn aku , ada lagi sorang nak pasang braces , Mok ai , braces pasang dah la nak dekat 1 jam .
Marah kejap 
"Mak ? Bosan lah "
"Makkkkkkkk!" "Eh ups tidur lah pulak"

Lepas tu ada lagi sorang tukar colour , dekat 30 jam jugak , Hmm , takpelah

Tunggu .......................................
"Nur Izzah Zahirah?" Haaaa nama dah kene panggil ! Yeay !
Kejap ya , saya datangggggggggg !
 As usually , dentist akan kata gusi/gigi cantik/lawa/bersih .  Hehehe . Dentist bukak elastics rubber band and err dia bukak mestilah guna besi , bila besi laga dengan besi arghhhhh gigi aku , sakit dan ngilunya . Lepastu keluarkan arhwire , bukak band untuk pasang TPA  , TPA tu dah disambung dengan band lain , Cuci gigi dulu then baru pasang TPA , band TPA tu diglu . Sekali lagi merasai glu yang errr,ewwww,yuck , ingatkan dah takkan merasa dah . Pasang arhwire dan mintak colour apa , "nak colour rainbow,colour terang ya" . Dah pasang semua dentist kata "at first pakai TPA ni memang tak selesa lama-lama okay" .

Ni lah TPA , berada di lelangit , tengok dia bersambung dengan band 
P/s:Tak semua pemakai braces pakai TPA ni btw dentist tak sentuh gigi bawah pun , sebab gigi bawah tak rata so minor case , gigi atas nak kebelakangkan major case jugak la .

Lain orang lain masalah giginya , tujuan TPA ni untuk hold gigi garaham from merayap or moving .

Bila tengok cermin , hell no i don't like this month colour of my braces ........ :'( . Nak colourful sebab time cuti kan ? pakai je la nanti time musim sekolah malu lah pergi sekolah dengan gigi warna striking . Dah lah tak selesa dengan TPA ni . tsk tsk .

Saya tak suka warna macam kanak kanak riang / budak tadika / bayi-bayi
Time tu menyesal melanda diri 'kenapa aku tak pilih warna tadi , kenapa aku biarkan dentist tu yang pilih , nak warna merah dengan kelabu sekarang jugak ,  nak tukarrrr'

SAYA TAK PUAS HATI !!!
Saya sedih (tak boleh blah muka)
Gigi mula lah rasa ketat dan sakit kalau belaga , lepas 2 hari okay dah . Tapi TPA ni hurt me a lot , lidah ni berbekas dan luka tau . Bila makan apa pun memang tersekat kat TPA tu , lagilah kalau makan mee atau bihun atau spaghetti bersidai beb kat TPA .

Sehari lepas tu aku mula jatuh hati dengan warna kat gigi ni , lawa lah pulak . Hihi , ni semua Hadi yang yakinkan aku gigi aku ni lawa warnanya , Thanks honey .

Jadi bergembiralah tuan puteri dengan warna giginya yang colourful itu , Hihi ,

That's all , Bye .
POSTED BY Eiraa Riby ON Thursday 29 November 2012 @ 18:26
Buh ray ces
Hello fellas !
Fuhhhh fuhhhh , dah berhabuk rasanya blog ni ........ Hatchummmm , ehem ehem . Hehehehee

Well,as you know or as you don't even know saya telah memakai (kalau dalam bahasa ibunda nya pendakap gigi kalau bahasa kasarnya gigi besi ) braces ! 

Dah lama dah sebenarnya nak pakai braces tapi bernekad untuk pakai braces lepas PMR sebab tanak kesakitan pakai braces tu mengganggu konsentrasi I menghadapi peperiksaan . (ceh konon)

Ok , now lemme share with you about having braces on . 

At first mak yang nak cabut gigi , dia cabut 2 batang gigi , kesian kesian ...... dah rompong sikit mak kite ..... so alang-alang check aje lah dengan dentist . Time check tu pun hari Khamis second last day of PMR sebab PMR tamat hari Isnin , jadi memang tepat hajat nak pakai braces lepas PMR . 

Kalau nak buat braces ni kene ada gigi kekal tak boleh ada gigi susu atau gigi yang belum lagi tumbuh , jadi gigi aku ni semuanya kekal . Time dentist check , dia kata "memang kene buat ni,dalam 5 tahun lagi teruk ." Memang dah perasan gigi ni dari teruk tahap 1,2,3,4,5 sampailah super-teruk tahap 6/10 . Jadi maknanya memang gigi kita ni hidup dan bergerak okay , jangan kata gigi kita ni akan stay macam tu je sampai ke tua bangka . Lepas tu bersetuju jelah dengan cadangan dentist , buat acuan gigi dulu lepas tu x-tray . Acuan gigi tu kan mula-mula warna purple , lepas masuk dalam mulut letak atas gigi jadi putih , bila dah keras jadi hijau . Dentist is soooooooooooo magician . X-tray tu pulak ada lagu tau . Hehehehe . Time buat acuan dengan x-tray mak kite dah pun kene bius , lepas dah siap buat acuan dengan x-tray semua tu baru lah dapat menyaksikan pencabutan gigi kekal mak kite yang kekal meninggalkan gusi mak kite . Hehehe , sian dia gigil gigil takut . 

The next appointment lagi seminggu , time tu tertanya-tanya kat diri sendiri 'ni kene cabut dulu atau pakai terus?' , kalini kite pulak yang gigil ketakutan . Bila jumpa dentist dia aku ni special , "2 batang gigi atas je kene cabut" , time tu 'Wth , kene cabut jugak ke ? aku nak cabut lari ni' . Lepastu berfikir sejenak sekejap , 'Kalau mak aku boleh cabut 2 batang gigi kenapa aku tak boleh pulak?' Jadi hilang lah 2 batang gigi atas aku yang comel tu ..... lepastu dia pasang spacer .


Yang bertanda merah tu lah yang kene cabut , sobsss sobss T_T

Spacer ni diletak setiap 1st and 2nd dari gigi belakang , kiri kanan atas bawah .

Appoinment yang seterusnya pada minggu berikut , ni barulah masanya untuk pakai braces . Hihihi , quiet excited actually . Dentist bukak spacer tu dan start bukak seluas-luas yang mungkin mulut aku ni , dia gerudi gigi aku , cuci dulu dan start pasang bracket , band . Hmm , besar jugak ya mulut manusia kalau dibuka luas-luas . Bracket la yang diglu pada gigi dan glu dia sangat ewwwww , yuck , i hate it so much . Band pulak metal ring yang hold on parts of teeth . Lepastu pasang arcwire yang baru dibakar dengan lighter . (je pun , hehehehe) . Haaa , achwire ni la yang attach dengan bracket then move the teeth . Dentist kata okay siap sekarang nak warna apa , So aku pilih warna turquoise , Yayerzzzzzzzzzz .

Haaaa,cop !

Braces sebenarnya ada banyak jenis macam Metal @ Stainless Steel Braces , Clear Ceramic Braces , Gold Braces , Clear Inspire Sapphire Braces , Lingual Braces , Viazis Braces , Self Ligating Braces@ Damon Braces , Invisalign Braces . Normally orang pakai jenis metal sebab lebih murah dan menarik sebab boleh have fun choosing elastics rubber band colour for you braces . Lagi teruk gigi tu lagi lama proses pemulihan gigi , lagi mahal braces tu lagi cepat proses pemulihan gigi , lagi mahal braces tu lagi lawa ♥.♥ ,apa I merepek ni . ahak ahak .

Sebenarnya kan aku nak ceramic atau sapphire braces tapi makcik register nama aku tu dia goda mak aku suruh aku pakai biasa-biasa aje sebab dia jealous . Kahkahkah so mak aku pun sign , so sadddddddddddd but nvm at least dapat tuka tuka colour gigi tiap bulan , hehehe .


Masuk kereta terus snap sana sini , lawa tak ? :P





Dentist kasi freegift tau , wax dan berus gigi khas untuk pemakai braces . Hihihi

Ofc braces akan menyakitkan dalam mulut ni tu sebab kene ada wax untuk prevent braces from irritating dalam mulut tu .

Lepas pakai memang ada rasa gigi ketat , gigi tak boleh berlaga la , rasa sakit sikit tapi tak sampai seminggu semuanya okay . Dentist pesan "Jangan makan makanan keras buat masa sekarang lembut je dulu" Eh ? ada aku kesah ? Tibai aje . Tapi ada certain time 3 hari sakit bahagian gigi bawah depan , 4 hari sakit bahagian gigi bawah atas , gigi belakang . etc . Ada la first first tu pelat lama lama okay . Tapi kan dari 1st pakai sampai sekarang time tidur mesti gigit pipi bahagian dalam , kenapa heh ? and sampai sekarang tak boleh gigit makanan pada bagian gigi depan , rasa sakit sangat .

Lain orang lain rasanya , ada yang rasa gini ada yang rasa gitu , ada yang tak rasa sakit pun , semua itu depends pada si pemakai .

Ini sajalah coretan , contengan I untuk malam ini uolls ahak ahak , Selamat malam , have a sweet dream and sleep tight peeps . Sebelum tidur jangan lupa basuh kaki dan baca doa ya .

Pst : Yang berumur 18 ke atas nak buat braces boleh lah buat kat kerajaan , murah takda ribu-ribu , Yang bawah 18 kalau nak buat kat kerajaan jugak keen tunggu 18 tahun , kalau guna orang dalam cepat sikit , makcik pakcik kawan mak ke kan ?
POSTED BY Eiraa Riby @ 07:46
EH Forever ♥
Our first meet , i miss you honey :*
Ahaks , and yes you are very important to me .
POSTED BY Eiraa Riby ON Saturday 26 May 2012 @ 05:21
back | all rights reserved desiree 2012